Pages

Tuesday, 14 June 2011

Motivasi?pentingkah?

Berbicara tentang motivasi tentu tak ada habisnya. Banyak hal yang perlu di bicarakan untuk menjelaskan bagaimana sesungguhnya peranan motivasi dalam hidup kita. Banyak contoh di kehidupan ini bagaimana seorang yang biasa boleh menjadi luar biasa karena hanya motivasi sahaja.Banyak orang yang BERTINDAK itu juga salah satunya kerna motivasi.
Bayangkan apa jadinya kalau Thomas A. Edison berhenti melakukan percubaa setelah lebih dari 100 kali percubaan uji kaji nya belum berhasil? Tentu kita tidak akan menikmati hasil karya nya yang begitu membantu umat manusia.Setelah ratusan kali uji cubanya belum berjaya namun ia tetap meneruskan hingga percubaanya itu berjaya.Saat itu apa ya yang ada difikiran Thomas A. Edilson?
Motivasi adalah suatu dorongan yang datang dari dalam mahupun dari luar diri kita, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan dapat mencapai tujuan yang di impikan.
Ada dorongan kuat luar biasa yg terdapat dalam diri Thomas sehingga ia tak berhenti untuk BERTINDAK meskipun harus melakukan ribuan kali percubaan.
Motivasi itu perlu kita bangun agar ketika kita menghadap masa masa sukar, jatuh dalam kesusahan namun kita tahu harus berbuat apa. Masih ada tenaga dalam luar biasa yg boleh digunakan untuk bangkit, terus maju dan berusaha mencapai yg diinginkan. Bayangkan apa jadi jika hanya mendapat masalah kecil yang sebenarnya boleh diselesaikan namun kita terlalu fokus terhadap masalah sehingga masalah kecil tersebut tampak begitu besar dan tak boleh diselesaikan.
Banyak contoh sederhana lainnya. Menjadi penulis hebat itu adalah dengan banyak menulis. Menjadi usahawan yang berjaya itu dengan cara terus belajar dan BERTINDAK ilmu yang telah dimiliki. Motivasi menjadi penulis hebat itu agar ia tulisannya akan bermanfaat bagi orang lain. Mempunyai nilai jual pada setiap kata yang ia tulis. Membesarkan namanya penamat tulisan, sehingga ia terus mengasah kemampuan menulis hingga PENAMAT nya menjadi penulis hebat tercapai. Begitu juga menjadi usahawan
Bagaimana caranya memotivasi diri sendiri. Banyak cara untuk memotivasi diri sendiri,namun perlu ketahui cara seseorang dengan orang lain adalah berbeza. Ada orang yang dimotivasikan ketika dia menemukan ketakutan yang ada dalam dirinya, sehinga ia harus melawan ketakutan tersebut dengan melakukan TINDAKAN. Adapula orang yang termotivasi ketika dia berada atau dekat dengan pimpinannya. Sikap pimpinannya menjadi role-model yang harus dicontohi dalam kehidupannya.
Begitu pentingkah motivasi?
Tentu sangat penting. Boleh dilihat bahawa ramai orang yang mahu membayar harga untuk sebuah tiket seminar senilai ratusan ringgit hanya untuk dua- tiga jam mendengar penceramah berbicara. Ini merupakan salah satu bukti bahwa motivasi itu begitu penting dalam hidup kita.
bagaimana cara motivasi hadir ke dalam diri kita?
Motivasi itu boleh datang dari dua sisi, boleh dari luar dan dari dalam diri sendiri.
Melalui seminar.Ini yang namanya memperoleh motivasi dari luar diri. Boleh dikira kita hanya termotivasi pada saat seminar itu saja, tapi setelah seminar itu selesai dan beberapa harinya, tidak sedikit  atau hilang kesedaran motivasi itu lagi.
kalau misalnya motivasi itu benar-benar datang dari dalam diri kita, tanpa adanya paksaan atau dorongan dari luar maka diri kita tetap akan termotivasi. Maka rasa semangat dalam diri kita tidak akan cepat hilang. Untuk itu cubalah motivasi diri sendiri bagaimanapun caranya, kerana cara seseorang untuk memotivasi diri sendiri itu berbeza-beza.
Maka untuk memotivasi diri sendiri itu berbeza itu bergantung dari karaktor, kebiasaan, serta lingkungan sekitar kita. Apakah lingkungan sekitar mendukung untuk mengubah kita menjadi lebih baik. Bagaimana apakah anda sudah ada bayangan bagaimana memotivasi diri sendiri, dan apa yang harus anda lakukan saat ini dan kedepanya. Saya akan kongsikan tips sederhana bagaimana cara memotivasi diri sendiri.
1.     Bergaulah dengan orang-orang yang baik. Berteman dengan penjual minyak wangi maka akan terbawa harum juga. Begitulah gambaran jika bergaul dengan orang-orang positif.
2.     Rajinlah membaca buku yang memotivasi. Ini yang sering saya lakukan ketika saya sedang sedih dan kecewa,. Membaca buku positif dapat mengalahkan energi negatif yang ada pada diri saya.
3.     Motivasi diri anda dengan kata-kata anda. Bahasa lainnya adalah afirmasi. Afirmasi adalah kata-kata positif yang kita ucapkan dengan sedar dan penuh semangat sehingga memberi impak positif terhadap alam bawah sedar. Misalnya: “Saya harus sukses, kalau saya belum sukses maka saya harus kuat belajar”. Boleh juga “Hari ini saya akan membuat orang lain tersenyum karena saya” atau “ saya akan bekerja keras dan terus belajar untuk mencapai cita-cita”
4.     Fokus pada impian anda.Jika anda ingin menjadi usahawan haruslah focus pada jalan yang bakal membawa anda ke arah usahawan yang Berjaya.
5.     Mulai buat matlamat sederhana Mulai buat rancangan aktiviti hasil yang ingin anda capai. Mulailah dari yang sederhana
6.     Berusaha mewujudkan cita-cita anda Action goal yang anda buat. Belum berjaya setelah action jauh lebih baik daripada tidak berhasil karena tidak action.
7.     Terus berusaha dan berdoaSetelah langkah-langkan diatas lalu kita sertakan dengan berdoa. Meskipun doa belum dikabulkan, tetapi yakinlah Tuhan tidak akan menolak namun menunda doa saya (doa yang baik tentunya).
Sekian dulu ya artikel panjang nya, semoga bermanfaat.
Salam motivasi,

Definisi, Pengertian & Takrifan Motivasi

Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan MOTIVASI.
Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
 

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan 
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."


2. Motivasi Sebagai Pendorong 
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.    Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."
(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama). 
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan 
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."
4. Motivasi Sebagai Stimulator 
Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih." 

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini."
5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian 
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."
(Definisi kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).
Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi
Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.
Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman; cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudah memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya? Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni; misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.
Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A satisfied need, in actuality still has its motivational functionsThemotivational functions shall be: to nurture and sustain what is or are being possessed or hold so long as they are needed.
Semoga definisi-definisi motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau erti perkataan motivasi.